Wednesday, 28 May 2014

kelahiran (?)

bismillah....

happy birthday to meee, happy birthday to meee...haha..
teringat masa maryam pernah buat macam tu suatu ketika dahulu.

dan hari ini merupakan tarikh kelahiran ku.
tarikh keramat yang Allah telah taklifkan pada ku untuk menjadi hamba dan khalifahnya.

and after all, my family is the first to wish happy birthday to me.. instead of using happy birthday, they use "sanah helwah". comel kan? they start to use arab words nowadays.. bagus! ada improvement. hee

dan aku punya alasan kenapa aku mem'private'kan tarikh lahir ku di facebook. kerna aku mahu tahu siapa yang benar2 ingat tarikh lahir ku. instead of ramai org post ke wall facebook, wall mungkin penuh dengan ucapan2 tetapi aku tidak tahu apakah mereka benar2 ikhlas mengucapkannya.

ok, bila sebut kelahiran... pasti semua tahu bahawa itu adalah penanda aras bahawa umur kita makin meningkat. makanya, umur kita untuk kearah kematian semakin pendek. dan akhir sekali, tarikh lahir kita adalah tempoh dan waktu terbaik untuk mengingatkan kita pada KEMATIAN.

seperti biasa, setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran, pasti ramai orang akan menyatakan azamnya walau kadag-kadang tarikh lahirnya bukan di awal tahun.

aku juga punya azam.
beday ku tahun lepas lebih kepada muhasabah diri kenapa tidak menjadi seperti sultan al-fateh. yang mana dapat menakluk kota konstantinopel pada umur 21 tahun. tapi akuuu, pada usia 21 masih juga merangkak-rangkak dalam menaikkan nama islam.

dan kali ini, saat umurku sudah menjangkau nombor 22, kurasakan aku bukan merangkak-rangkak lagi bahkan lebih buruk lagi... ku rasa bahawa, aku berada di ketika aku masih meniarap atau masih lagi merengek-rengek seperti bayi. aku rasa keadaanku tidak segeliat dulu lagi. tidak mapan lagi. dan yang paling penting tidak sekukuh dahulu. :'(

tapi islam tidak suruh kita senegatif ini. Islam suruh kita bangkit dari kekesalan dan kejatuhan. bahkan menyuruh kita mencari penyelesaian dan terus berazam.
makanya disini, disaat ini dan diketika ini aku mahu:

1) menjadi anak dan kakak  yang solehah kerana di saat ulang tahun seperti ini, keluarga ku masih juga menjadi yang pertama meraikan dan mengucapkannya. :)

2) aku mahu menjadi seorang yang berguna, mungkin aku bukanlah seorang yang dapat mencontohi sultan al-fateh. tapi siapa kata aku tak mampu(?) hee

3) aku mahu menjadi orang yang tsabat dan tidak keciciran dijalan DnT ni.

ameeeennnn...moga Allah kabulkan permintaanku yang sekecil cuma ni....

sekian,
jordan,
28/5/2014, 8.14 malam.

Monday, 26 May 2014

tiada kata yang mampu diucapkan melainkan kalimah Alhamdulillah

bismillah.

alhamdulillah hari ni masih lagi diberi nafas untuk tetap berjalan diatas muka bumi ini walaupun tempoh hari nyaris dilanggar oleh sebuah treler besar. alhamdulillah~~

hari ni juga, Allah masih kurniakan hidayah untuk tetap berada di atas jalan ni walau ada ketikanya kita rasa kita dtg for nothing. tak mengisi jiwa pon( bukan sbb usrah xbest ok, sbb masalah diri sendiri sebenarnya).
namun, semuanya Alhamdulillah~~

dan setelah sekian lama tidak berliqa( 2 minggu kot, xpenah2 lagi) untuk memberi laluan pada exam final yang berderet-deret, bertubu-tubi ni, alhamdulillah hari ini Allah masih lagi mengizinkan kami untuk berliqa bersama sebelum murabbi kami pulang ke Malaysia. alhamdulillah~~

hari ni juga, murabbi menyuruh kami semua kongsikan ayat2 untuk tsabat...
bermula dengan qila. sbbnye die mengantuk.. hehe

qila- surah hud: ayat  49
      - huraian: kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang, maka teruskanlah dengan apa           yang kita buat pada hari ni dan saat ini.
        dan disambung dengan ayat 47- maka minta lah pertolongan dr Allah moga dijauhkan dari perkara2
        yang tidak diingini.

che wan- surah attaubah: 42
             - dan tanpa KEAZAMAN kita takkan dapat sampai pon destinasi yang mahu ditujui.

mardiana- azzariyat: 50 ففروا الى الله
              - huraian: kita dapat banyak nikmat tapi masih juga tidak segan membuat maksiat.
              - dan mar kongsikan 3 tips tsabat:
                 1) ukhuwah
                 2) akhawat( yg akan support kita bila dekat malaysia nnt)
                 3) ikhwah (sbg pasangan). ni bnda yang aku tak sedia lagi senanye. haha
hanum(MC hari ni)- surah Qasas: 82
                            - futur tu bukan sesuatu yang buruk secara keseluruhannya. kadang ada hikmah mengapa
                               Allah hadirkan perasaan futur pada kita, mungkin supaya kita lihat semula niat kita,
                               apakah ianya BENAR2 IKHLAS? means, dia akan membantu kita untuk
                               memperbaharui niat dan mungkin dapat melompat dengan lebih laju lagi(?)

mughabbi kitorg(heee)- Al-kahf: 60 & Hud:112
                                  -huraian: aku takkan berhenti sehingga AKU sampai ke penghujung. begitu juga kita,
                                    sepatutnya kita meletakkan azam yang sama seperti nabi musa saat baginda ingin
                                    bertemu dengan nabi khidir.

dan seterusnya, mughabbi kami terus proceed dengan point tsabat dalam arkan bai3ah yang dijelaskan dalam buku Rakaiz dakwah.
dan dijelaskan bahawa tiang UTAMA untu tsabat adalah keimanan kita yang jazam pada Allah tu, tiada jalan dua, tidak pula jalan tengah. tetapi dia adalah jalan yang satu menuju jalan tauhid.
selain tu juga disebut point sabar, tanpa kesabaran pasti mudah kita tersungkur. seperti yang Allah sebut didalam surah Al-insan, antara tiang untuk tetap di atas jalan dakwah antaranya SABAR. sabar. sabar. dan sabar.

terlalu banyak yang Allah mahu tnjukkan pada ku, terlalu banyk juga yang Allah mahu ajarkan. mungkin itu juga adalah salah satu hidayah Allah yang mana dia melorongkan jalan ke arahnya. sama ada aku mahu utk mensyukurinya atau tidak sahaja. aku cuba memilih langkah bersyukur melalui kalimah Alhamdulillah walau terkadang aku rasa aku tidak benar2 ikhlas mensyukuri nikmatnya.

namun, aku mahu memanjatkan Alhamdulillah 3ala kulli hal kerna terlalu banyak nikmat Allah telah kurniakan walau diri ni masih lagi belum layak bergelar hamba yang taat.

sekian,
bayt mikraj,
9.48 malam.
buat terakhir kali sebelum menutup post(alhamdulillah)

Wednesday, 21 May 2014

kecewa (?)

bismillah...

hmmm...tak tahu nak mula dari mana.sebabnya benda ni berlaku 2 hari lepas.
hari yang i would like to call it the gloomiest day of my life. haha. takpelah ter'over' pon. hee

hari itu bermula dengan ketenangan diri ku walaupun exam on that day exam yang agak mencabar tapi aku tak rasa gelisah tahap cacing kepanasan pon hari tu padahal belum selesai baca semua tajuk. itu aneh.
perasaan yang ak pernah rasa suatu ketika dahulu. and the result wasn't that good.

seperti yang dijangka, saat doktor mula menyebarkan kertas peperiksaan, aku curi-curi pandang pada kertas yang berada di tangan doktor, "ok, satu helai je, tulisan pulak penuh dkt separuh A4 paper je. sah, semua soalan insyaie". memikirkan mendapat soalan insyaie,aku kecut perut...mana tidaknya baca tak abis UNTUK PAPER Dr. ADNAN.

kalau kami pelajar sarjana muda ekonomi dan perbankan islam terdengar je nama dr ni, pasti semua kecut perut. dia tidak garang, subjek yang diajar pon bukan susah, cara mengajar best TAPI yang digeruni adalah soalan peperiksaan dr ni, dan soalan dr ni untuk subjek iqtisad ijtimaie tempoh hari, ada 5 soalan insyaie. dan setiap soalan merangkumi 10 markah. whattttt!!!!!

ok, cuba bertenang. dan mataku melihat setiap soalan tu untuk scan soalan mana yang aku boleh jawab. and you know what? none. TAKDEEEE.

tahu tak perasaan tu bila you got the chance to prepare for the exam, but you weren't using it wisely. study malas-malas. kalau study pon akan ambil masa yang lama untuk settle kan satu tajuk.

lepas keluar je dari dewan peperiksaan, ku lihat ramai classmates keluar kelas dalam keadaan lega. aku sedih~~

lepas tu bercadang untuk pergi balad bayar tiket. alhamdulillah waktu tu ditemani che wan.. hehe
rasa dah macam nak menangis waktu tu. tapi alhamdulillah, air mata masih lagi malu untuk keluar.
tapi selesai je urusan pembayaran tiket, aku cuba mencari coaster untuk pulang ke rumah. dalam coaster je, air mata terus meluru jatuh. keluar coaster pon rasanya hidung masih lagi merah. semasa berjalan pulang ke rumah pon, air mata masih gugur.. haha... sedikit drama queen.

balik rumah pon dalam keadaan sedih tapi aku cuba juga untuk mengawal perasan sedih tu. sepanjang hari tu nak baca buku pon macam tak boleh nak serap sangat. sampailah malam tu, wassap dr roommate masuk.

mesej tu berbunyi kekecewaan itu mungkin kerana Allah mahu kamu kembalikan semuanya pada Allah. Allah rindukan rontaan dan permintaanmu. air mata mula menderu laju. terharuuu~~
teringat saat mendapat tafsir satu surah dalm juz 29, dia kata ada beza antara orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman saat dia menghadapi kesusahan. bagaimana kedua-dua golongan menhadapi masalah ni.

kekecewaan ni bukan semata kerana tak mampu jawab exam dengan baik, malahan sebab aku tidak mampu untuk bertindak seperti seorang yang beriman saat diuji seperti ini. huh~~

sekian~~
6.25 petang,Rabu, 21/5/2014

Wednesday, 14 May 2014

pelik VS unik

lama sudah dapur lengang dari bahan2 yang cukup untuk memasak, jadinya 2 hari lepas kami hanya makan berlaukkan telur.
dan semalam, kami makaan... na na na, bukan telur taw, tapi makan ikan sardin.

housemate itu sering mendapat gelaran pelik.
pernah lagi ku ingat, semasa kami membantu hanifah menyediakan gift untuk pemenang kuiz yang berkunjung ke booth ekonomi semasa program KAMI.. aku dan beberapa orang lagi menyiapkan gift tersebut berdasar contoh yang telah ada walaupun kami dibenarkan untuk mencipta bentuk-bentuk baru.
namun, hanya Maryam sahaja yang berani untuk mencuba design baru malah bentuk yang direka agak pelik bentuknya. Gelaran pelik diberikan.
akan tetapi design Maryam tetap mendapat perhatian ramai walaupun mempunyai design yang jauh berbeza dari design-design yang lain.
dan banyak lagi siri-siri kepelikan yang oernah ditunjukkannya. pelik~~

dan semalam, dia masak ikan sardn goreng. ikan sardin goreng tidak pelik tapi kali ni yang pelik adalah ikan sardin dalam TIN yang digoreng. sardin dalam tin taw. bukan sardin fresh atau frozen tu.

bila masuk dapur melihat maryam sedang menggoreng sardin tin tersebut,bukan persaan pelik yang hadir tapi satu perasaan impress.
entah mengapa, itu perasaan pertama yang hadir.

saat kami serumah mula menjamah makanan tersebut, Maryam berkata: sorilaahh, pelik sikit.

but then i said: tak pelik TAPI UNIK.

sebenarnya sudah lama aku perasan benda ni, Maryam is someone with creative ideas, she can think out of the box eventhough her ideas might be crazy sometimes.
but i think she can go further since she's not copying others, and come with her own ideas.

and because of that, when people say she is weird( or pelik). my monologue will say: she is not weird, she is genius actually".
some people might not realize it, but i think more people will realize her abilities if they know her better.


look at this pictures, isn't its kinda weird? but still unique, right?


Wednesday, 7 May 2014

اجلس بنا نؤمن ساعة

 eh. asal tetiba je tulis tajuk dalam bahasa arab?
bukan sebab dari lajnah bahasa arab taw.
tapi sebab ini adalah satu ayat yang sering diucapkan semasa usrah.
opss, bukan nak bias taw, tapi sebab sebelum masuk usrah mana lah hai nak tahu perkataan-perkataan ni, lagi pula bahasa arab kan.
Allah, bahasa arab lagi, mungkin kerana lately ni terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahasa arab, lagi pulak masa liqa tadi pon, seolah-olahnya murabbi memberi penekanan tentang penggunaan bahasa arab didalam liqa.

eh, panjang pula penerangan tentang bahasa arab ni kan. mesti bosan kan (?)

sebenarnya baru balik liqa maghrib tadi, dan entahlah mengapa terasa bagaikan ada satu magnet menarik diri ini untuk menaip di laman blog yang tak berapa nak best ni. hehe.

Allah, mecapah lagi n back to the topic.
teringat semasa mula-mula membawa liqa bfg 01, aku meminta mutarabbi-mutarabbi untuk kongsikan apa perasaan mereka pada usrah ni, entah mengapa aku tidak dapat lupakan jawapan seorang mutarabbi ni. she said: kalau ada usrah ni, saya rasa lah saya baik seminggu..

and today i felt the same feeling during my usrah at bayt insan. and now i realized why muadz bin jabal said this quote " ijlis bina nu'man sa3ah".

i feel my heart start to live again like a blossoming flower. and a flower cannot blossom without sunshine...
same goes to my heart, i think usrah is my way to get my sunshine.

beautiful, isn't it?
semoga Allah tetap memberikan aku perassan yang dapat mambawa ku kembali padaNya, dan dapat dibimbing dalam memilih antara yang baik atau buruk.
seperti dalam surah al-insan: ayat3 , menurut tafsir fi zilal, saat kita berbuat sebarang keburukan, ianya bukan sesuatu yang Allah dah tuliskan untuk kita(bahasa mudahnya qada' dan qadar), tapi ianya lebih kepada pilihan kita sendiri sama ada mahukan kebaikan atau keburukan.
May Allah guide me all the way through his Jannah.