Friday 21 February 2014

LIDAH TAK BERTULANG?

apa yg korg terfikir once baca je tajuk ni?

mesti jawapannya orang2 yang tak jaga kata2 mereka. orang yang tak jaga hati orang lain. orang yg cakap laser je. main sembur je hamburan kata2 yang menyakitkan hati kan?

tapi kali ni ana nak bawakkan semua...
pada orang yg begitu mudah berkata2 tapi sukar untuk memanifestasi kan amal (eh, ana lah tu. T_T).

kadang2 selalu brtanya diri sendiri kenapa?
kenapa begitu mudah kau cakap benda2 yang ko sendiri xbuat?
sebab lidah sendiri TAK BERTULANG kah?
atau sebab BADAN BERTULANG itu yang membuatkan kau berat untuk berbuat amal?

ahhhhhhh!!!!!!!!!!!!
itu semua alasan!!

sebenarnya engkau berkata-kata untuk mendapat pujian orang kan?
kau tak ikhlas pon sebenarnya!

juga sebab engkau sendiri tak benar2 beriman dengan ayat al-quran yang berbunyi:

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. [surah assaff : ayat 3]

*sila menangis sekarang.kalau kita benar2 beriman dengan ayat ni... kita tak kan berani walau sekelumit untuk tak lakukan apa yang kita da cakapkan. gasp!

lain taw, xberani untuk cakap apa yang kita tak buat. klu macam tu memang xde orang pon nak ber 'amar ma3ruf nahi mungkar', takdelah orang yang nak buat dakwah ni.

macam yang ustaz kazim elias pernah kata : saya buat dakwah ni sebagai motivasi untuk terus buat baik. untuk terus dekatkan diri pada Allah.

aku selalu ingatkan diri sendiri kata2 ustaz kazim elias tu. tapi kadang2 aku rasa lemah!
rasa tak kuat untuk berbuat. my bad.

aku malu. malu andai bertemu tuhan. ditanyakan manakah amal yang kau sibuk katakan pada orang ramai tu?

macam tadi masa usrah. masa iftitah lagi tetiba je MC bangkitkan isu mujahadah. aku tersentap saat kalimah MUJAHADAH dilafazkan dr mulut si MC walaupun pada saat itu, si dia tak memulakan lagi isinya.
rupa2nya, si dia mahu bertanya tips untuk mujahadah.
lantas, pada waktu tersebut.... ramai usrahmates menyebut nama ku. telan air liur. GULP.
mana tak nya, persoalan itu dilontarkan saat aku juga menghadapi masalah yang sama.
kurasa mungkin itu salah satu cara Allah nak tegur diri ini.

aku terdiam sejenak sebelum melafazkan kata. lantas ku susun tarian kata. agar dapat ku jawab soalan si MC. usai menjawab soalan, ku bimbang andai jawapan itu tidak sampai ke hati2 pendengar. bimbang andai dosa sendiri yang bertimbun menjadi hijab. hati ku menangis. sakit terasa saat setiap kata dilafazkan. terasa bagaikan diri sendiri hipokrit!

selepas itu murabbi ku menjawab soalan si MC, murabbi kottt.. hikhik
murabbi cakap mungkin Allah nak bagi pahala saat kita bermujahadah. makin berat mujahadah itu dirasa, makin banyak pahala yang bakal diperoleh.


oh saadah,  belajarlah untuk kukuhkan hati untuk terus mujahadah! yakinkan kau boleh. :)

Daie ilallah.
Daie MA3ALLAH.
Daie minallah.
MUJAHADAH IS THE ESSENCE OF TAWHEED.
AND YOU SHOULD REMEMBER THAT!

p/s: mana mungkin seorang daie itu berdakwah tanpa menjaga mutabaah amalnya kan?