Sunday 19 May 2013

How do we see what happened in our life.


Alhamdulillah hari ni last day untuk final exam. berakhir dengan paper yang disangka mudah pada awalnya, rupanya adalah subjek yang paling susah. memang sesuai lah penutup utk exam kali ni dengan soalan yang tersangat susah. xpernah rasanya sepanjang belajar kat Jordan ni dapat soalan sesusah paper tadi.
Tapi pape pon, alhadulillah sebab dapat habiskan final exam ni dengan jayanya. huh~ ~
.
Namun, post hari ni bukanlah nak cerita tentang paper hari ni. jeng jeng jeng!

i just want to share what i've felt during this morning while reading ma'thurat.
xtahu kenapa mengantuk sangat( logiklah sebabnya tidur 1 jam je before solat subuh tu).
then, something came into my mind :
" untuk exam boleh pulak kita tahan mengantuk utk pastikan persediaan kita betul2 mantap demi menggapai keputusan yang excellent.
tapi bila baca ma'thurat je, terus lentok, hilang terus anak muda yang cergas minda dan matanya menelaah pelajaran sebentar tadi. sigh~
padahal bacaan ma'thurat juga adalah salah satu persediaan kita utk menghadapi peperiksaan yang lebih besar, dasyat, susah lantas peluh tidak berhenti menitik pada waktu tu. tapi kita manusia sering sahaja terlupa akan peperiksaan yang besar ni. terutamanya diri ini. gasp!
sepatutnya persediaan kita mestilah lebih mantap daripada persediaan utk exam matapelajaran yang tak seberapa ni. T_T
yosh! ayuh kita lakukan perubahan dalam diri kita.
ya, perubahan tidak berlaku sekelip mata. ia perlukan masa. lantas jangan putus asa! hee


Tegakkanlah islam dalam dirimu nescaya islam akan tertegak di negara kamu.
-Imam Hasan Al-Hudaiby-


Thursday 16 May 2013

3rd puisi

Benda yang lepas jgn dikenang.
biarkan ianya berlalu.
merupakan satu kata2
yang sentiasa berlegar
di ruang angkasaraya ini.
ya, kita tahu, sedar dan fahami ia.
lantas, kenapakah masih lagi
menoleh ke belakang?
bukankah kau tahu
apa itu iman pada qada' dan qadar.
dan tahukah bila kau menangisi
benda yang telah berlalu
ibarat menyalahkan takdir?
aku tahu ianya salah tapi
hati ku bukanlah seperti batu
yang boleh menahan segala kelukaan.
pasti saja ia perlukan masa
untuk sembuh.

duhai hati,
bukankah  dulu kau telah berjanji?
utk menerima takdir ini.
percayalah!
Allah telah sediakan yang terbaik utk diri mu.
Dia bukan lah kejam dan tidak adil pada hambanya.
tentu saja Dia tahu apa yang terbaik buat dirimu.
bersabarlah!
hikmah itu tidak datang dalam sehari.
boleh jadi ia bertahun2.

oh Allah, kuatkanlah hati ku
supaya aku dapat terus bersabar
juga agar minat itu hadir utk hari yang mendatang.
aminnnn.