Friday 31 July 2015

Politik yang tidak telus

Politik.

Kenapa kita kena ambil tahu?

Sbb politik akan affect banyak bnda.

Dia akan affect:
Ekonomi, sosial dan lain2(tak boleh nak fikir kesan lain sebenarnya. Anyone yg tahu boleh bgtahu)

Kesan yang bakal diberikan bukan kecil2 anak malahan ia boleh menjatuhkan sebuah negara/ sesuatu kepimpinan andai setiap isu/ konflik yang timbul itu besar dan tidak ditangani dengan baik. Kita boleh ambil contoh seperti yang berlaku di Timur tengah seperti Tunisia, Libya, Mesir, Syria etc (peristiwa ni dipanggil Arab Spring)

Oklah, contoh yang diberi terlalu jauh dengan negara kita.
Ambil contoh yang lebih dekat yang agak significant seperti isu 1MDB, sebuah krisis yang berlaku sehingga perlukan siasatan dr pihak PDRM, Bank Negara dan (satu lg sy tak ingat).

Disebabkan isu 1MDB ini, keyakinan investor luar pada Malaysia akan semakin luntur. Dan andaikata, krisis ini dibiarkan tak diselesaikan. Investor semakin berkurang, dana tak cukup. Akhirnya bila dah tiada jalan lain, terpaksa pinjam dengan bank dunia (tak salah nak pinjam, tp klu pinjam dlm keadaan tgh sempit, senang je orang nak mainkan).

Bila keadaan ekonomi tak berapa baik, tentu2 dia akan memberi kesan dr sudut sosial jugak. Bayangkan sekiranya keadaan ekonomi semakin teruk. Kos pulak semakin meningkat. Bila ekonomi teruk, biasanya bisnes pon akan ter effect. Waktu ni, employer pasti mahu kurangkan kos, dan gaji pekerja salah satu kos yg perlu ditanggung. Maka semakin ramailah yang akan dibuang kerja. Kadar pengangguran meningkat (yang ni pon tak elok utk ekonomi). yang susah semakin susah kerana kos yg semakin meningkat. Rakyat jugak yang terbeban.

Banyak lg kesan lain yang nak ditulis tp rasanya 2 kesan yang diatas ni cukup untuk membuat kita sedar bahawa ambil berat dan ambil tahu isu politik itu perlu lebih2 lagi anak muda generasi millenia sbb kita adalah generasi 'IT SAVVY' yg sangat dkt dgn teknologi. Manfaatkan teknologi yang ada untuk tambah pengetahuan dan ambil tahu isu semasa. Jangan asyik selfie wefie je.

#Repost from my post in facebook

Kg. Lindungan,
01-08-2015, 1.06 pm