Saturday, 8 June 2013

TEMPELAK!

Kita berkumpul pada hari ini
bukan kerna ikut-ikutan,
juga bukan kerna trend semasa,
kita berhimpun atas dasar kesedaran bersama,
Palestina menanti bantuan kita
Bukan semata bantuan wang dan makanan
tapi bantuan iman
kenapa iman??
iman lah satu-satunya penyelesaian bagi umat,
Lihatlah saja apa yang berlaku sekarang,
Bilangan umat islam sangat ramai,
Negara arab sahaja sudah mencatat angka 300 juta,
Namun, Palestina masih juga tidak dapat dibebaskan.
Lalu, kita pon berkata
" mana perginya umat islam yang ramai ini?"
Oh, begitu mudah kita menuding jari
pada mereka!
Mereka begitu kerna mereka tidak faham
juga kerna mereka tidak sedar!
Kita lah yang sepatutnya lebih giga usahanya!
kita kata kita mahu mentarbiyah manusia
tapi realitinya,
program tarbiyah pon masih malas mahu datang,
usrah pon masih ponteng2.
mana perginya qaedah sulbah
yang menjadi harapan umat?


*masih lagi berjinak2 dengan puisi2 ni. harap boleh bg tunjuak ajar pd saya yg kerdil ini. :)

No comments: