Friday, 14 June 2013

JANJI




Aku terlupa sebentar bahawa aku adalah seorang yang bukan mudah percaya pada orang lain.
Aku terlupa janji manusia sering sahaja dicapati, bukan hanya janji pemimpin, tapi janji rakyat biasa juga begita.
 Kerana apa? Kerana mereka semua makhluk bernama manusia. semua sama.
aku jadi marah bila janji dimungkiri. marah yang teramat sangat.
namun, tup! bagaikan ada satu percikan di otakku. saadah " you shouldn't get angry easily, orang yang ditarbiyah kan?"
Bukankah kau sudah tahu tabiat manusia itu antaranya memungkiri janji. Janji dengan Allah pon boleh dimungkiri, ni janji dengan manusia kerdil tentu saja lebih mudah dimungkiri.

masa usrah, usrahmate ada share " kalau kita betul2 faham bagaimana sikap manusia, kita tidak akan terlalu berkecil hati dengan sikap2 mereka yang terkadang melampaui batas."

dan semalam ada terbaca satu sentence dalam buku Jalan Cinta Pejuang yg berbunyi " kalau kita nampak benda2 besar kita tidak akan tersibukkan dengan benda kecil". headshot!

nampak sangat aku masih lagi tidak begitu berlapang dada dan masih lagi melihat benda2 kecil (iaitu: diri aku sendiri).

Serius, sifat marahlah antara benda yang aku paling susah nak mujahadahkan. sigh~
dan bila disharekan masalah mujahadah nak lawan marah ni pada sorg kawan. dia cakap "kalau kita xdapat tahan diri dari terus marah, mujadah utk tidak marah pon ok apa, dapat pahala jugak! "

dan alhamdulillah tarbiyah banyak sangat mengajar macam mana nak lawan nafsu jahat ni. :)



i just love this quote.

Kemarahan akan menyebabkan hidup kita kucar-kacir kalau ia tidak dididik dengan acuan al-quran.







No comments: