Monday, 21 September 2015

Kredibiliti



Kredibiliti dapat dilihat melalui cara penulisan (termasuk apa yang kita post di fb), pertuturan, pergaulan dan lain2.

Cuma post kali ini, aku ingin menyentuh kredibiliti melalui cara penulisan dek kerana kagum dengan post seseorang yang aku kira, andai dilihat melalui luaran, mungkin biasa2 saja, merendah diri orangnya. Andai tidak dikenali, pasti akan dianggap sebagai pendiam. Pendek kata tak nampak macam outspoken lah.

Disebabkan satu statusnya itu, aku skrol ke status2 nya yang lain. Tak ada satu pon statusnya yang tidak memberi manfaat. Sungguh aku kagum! Pada aku, penulisannya telah menunjukkan kredibilitinya. Yang membuatkan orang respect.

Kredibiliti tidak dibina sehari, ia perlukan masa. Ia juga perlukan disiplin.

Disiplin dengan apa?

Disiplin dengan ilmu.

Itulah persamaan semua ilmuan dan juga orang2 yang berjaya di luar sana. Walau sesibuk mana pon,  mereka tak pernah meninggalkan ilmu. Pasti ada sahaja ruang yang akan digunakan.

tapi apa yang menyebabkan mereka boleh istiqamah?
you know, penat kot nak baca buku or artikel yg berjela-jela tu..

NIAT mereka.

Mereka berniat memang sungguh2 supaya ia dapat memberi manfaat pada orang lain. Tapi kita (saya sebenarnya) menuntut ilmu mungkin kita sendiri boleh define apa niat kita sebenarnya.

Pendek kata, kredibiliti itu boleh dibina tapi perlu ada disiplin.. untuk istiqamah berdisiplin, kita tengok balik niat kita untuk apa kita buat sesuatu tu.

#sorikalaumerapujelebih

10.59 malam
21 sept 2015
Kg. Lindungan

No comments: