Saturday 13 April 2013

INFERIORITY


asalnya, xdelah nak post pasal inferiortity ni. nak buat post pasal benda lain.
tapi semalam telah membuatkan saya terfikir tentang sesuatu. tak lain tak bukan, mesti la inferiority kan ( kalau tak, takkanlah tulis tajuk ni kan..hehe)

ada sorg kawan ni penah cakap RASA inferior berbeza dengan TAHU yg kte inferior.
TAHU yang kita ni inferior; contoh: kita dengan Bill Gates, kita tahu yang kita inferior dengan dia dari segi kekeayaan. kita dengan Imam Syafie,  kita tahu kita inferior dengan dia dari segi ilmu.
dan ianya takkan beri kesan buruk pon pada kita.

Rasa inferior plak, perasaan kita lah kan. perasaan inferior yang kadang2 memusnahkan diri sendiri, menghalang kita utk buat sesuatu dan sebagainya.

Namun, sampai bila kita nak biar perasaan inferior tu menguasai diri kita selamanya tanpa mencari sebarang usaha untuk membuang perasaan tu. ye, pastinya semua orang mahu utk buang perasaan inferior tu dan selalu tanya diri kenapa dengan orang kita selesa atau rapat.. boleh je nak keluarkan pendapat, idea dan sebagainya, tapi dengan orang yang kita xberapa nak rapat.kita tend to berdiam diri. hurmmm..

bila persoalan KENAPA dilontarkan mestilah PUNCA yang harus di cari.
salah satu punca adalah kita terlalu memikirkan pandangan negatif orang pada kita. itu yang menyebabkan kita takut untuk melangkah ke hadapan.

ALLAH MAHA ADIL, DIA KURNIAKAN KELEBIHAN YANG BERBEZA UTK SETIAP HAMBANYA. SO, HARGAI LAH DIRI KITA. BILA KITA HARGAI DIRI SECARA AUTOMATIK KITA TELAH MENSYUKURI NIKMAT YANG ALLAH BAGI...

No comments: