Saturday, 13 April 2013

INFERIORITY


asalnya, xdelah nak post pasal inferiortity ni. nak buat post pasal benda lain.
tapi semalam telah membuatkan saya terfikir tentang sesuatu. tak lain tak bukan, mesti la inferiority kan ( kalau tak, takkanlah tulis tajuk ni kan..hehe)

ada sorg kawan ni penah cakap RASA inferior berbeza dengan TAHU yg kte inferior.
TAHU yang kita ni inferior; contoh: kita dengan Bill Gates, kita tahu yang kita inferior dengan dia dari segi kekeayaan. kita dengan Imam Syafie,  kita tahu kita inferior dengan dia dari segi ilmu.
dan ianya takkan beri kesan buruk pon pada kita.

Rasa inferior plak, perasaan kita lah kan. perasaan inferior yang kadang2 memusnahkan diri sendiri, menghalang kita utk buat sesuatu dan sebagainya.

Namun, sampai bila kita nak biar perasaan inferior tu menguasai diri kita selamanya tanpa mencari sebarang usaha untuk membuang perasaan tu. ye, pastinya semua orang mahu utk buang perasaan inferior tu dan selalu tanya diri kenapa dengan orang kita selesa atau rapat.. boleh je nak keluarkan pendapat, idea dan sebagainya, tapi dengan orang yang kita xberapa nak rapat.kita tend to berdiam diri. hurmmm..

bila persoalan KENAPA dilontarkan mestilah PUNCA yang harus di cari.
salah satu punca adalah kita terlalu memikirkan pandangan negatif orang pada kita. itu yang menyebabkan kita takut untuk melangkah ke hadapan.

ALLAH MAHA ADIL, DIA KURNIAKAN KELEBIHAN YANG BERBEZA UTK SETIAP HAMBANYA. SO, HARGAI LAH DIRI KITA. BILA KITA HARGAI DIRI SECARA AUTOMATIK KITA TELAH MENSYUKURI NIKMAT YANG ALLAH BAGI...

Monday, 8 April 2013

Terpanggil!!!

Hari ni rasa terpanggil untuk hapdet blog. Terasa bersawang dah blog ni ( padahal baru je create blog ni minggu lepas..haha).

Hari ni dapat satu kejutan dari mama naqibah. tetiba dia suruh prepare untuk bg pasal ' How To Win Friends & Influence People'. Balik2 je dr markaz hafsah( kelas Al-Quran), letak beg.. terus terjumpa nota kat atas meja. Apa lagi, konfem la terus jerit kan...

Adalah beberapa hari lepas, niat dalam hati nak berlatih public speaking ( cewahhh, xde lah public speaking sangat. cakap kat depan org ramai kira public speaking la kan?). tup tup, terus dapat taklifan dari mama utk public speaking. ohoooiii.

Serius, xtahu nak buat mcm mana. da la xpandai cakap. tetiba nak kena cakap dekat depan.. lagi la kan..
nak pujuk hati, bermonolog sendirian, " ko kata nak cabar diri to be a new person, xkan xboleh nak sahut satu cabaran kecil ni pon?"
Cakap memang senang, tapi nak buat dieeee,,,aduhaiiii.
Segalanya perlukan latihan dean preparation... XD


In this life we can never get things go into our way. this is what we called challenges. and those challenges will make us matured n move forward. 

insyaAllah.