Monday, 21 September 2015

Kredibiliti



Kredibiliti dapat dilihat melalui cara penulisan (termasuk apa yang kita post di fb), pertuturan, pergaulan dan lain2.

Cuma post kali ini, aku ingin menyentuh kredibiliti melalui cara penulisan dek kerana kagum dengan post seseorang yang aku kira, andai dilihat melalui luaran, mungkin biasa2 saja, merendah diri orangnya. Andai tidak dikenali, pasti akan dianggap sebagai pendiam. Pendek kata tak nampak macam outspoken lah.

Disebabkan satu statusnya itu, aku skrol ke status2 nya yang lain. Tak ada satu pon statusnya yang tidak memberi manfaat. Sungguh aku kagum! Pada aku, penulisannya telah menunjukkan kredibilitinya. Yang membuatkan orang respect.

Kredibiliti tidak dibina sehari, ia perlukan masa. Ia juga perlukan disiplin.

Disiplin dengan apa?

Disiplin dengan ilmu.

Itulah persamaan semua ilmuan dan juga orang2 yang berjaya di luar sana. Walau sesibuk mana pon,  mereka tak pernah meninggalkan ilmu. Pasti ada sahaja ruang yang akan digunakan.

tapi apa yang menyebabkan mereka boleh istiqamah?
you know, penat kot nak baca buku or artikel yg berjela-jela tu..

NIAT mereka.

Mereka berniat memang sungguh2 supaya ia dapat memberi manfaat pada orang lain. Tapi kita (saya sebenarnya) menuntut ilmu mungkin kita sendiri boleh define apa niat kita sebenarnya.

Pendek kata, kredibiliti itu boleh dibina tapi perlu ada disiplin.. untuk istiqamah berdisiplin, kita tengok balik niat kita untuk apa kita buat sesuatu tu.

#sorikalaumerapujelebih

10.59 malam
21 sept 2015
Kg. Lindungan

Friday, 11 September 2015

The road have been taken

Aku tak pernah pinta utk ditempatkan dalam industry capital market. Waktu belajar dan selepas habis belajar pon hanya terfikir kalau tak dapat bank, takaful pon boleh lah.

Namun, hari ini aku bersyukur kerana ditempatkan dalam industry ini sementelah merasakan investment adalah satu keperluan masa kini.

Dulu, sangat mengikuti isu politik kerana merasakan politik antara elemen yang dapat menentukan hala tuju negara. Dan bagaimana ketidakstabilan politik boleh menyebabkan kejatuhan ekonomi (disertakan dengan faktor2 lain).

Dan mungkin juga dulu, perlu godek ke laman sesawang, internet mahupun surat khabar demi mendapatkan maklumat tentang ekonomi.

Kini, alhamdulillah dikelilingi oleh golongan2 analyst yang nak berkongsi ilmu tentang keadaan market, krisis2 ekonomi and how does it affect the market sentiments. Dapat ilmu fresh dr ladang kot (ok. Ni over).

Serious, banyak lagi kena belajar.

#BIMBSecurities

Kg. Lindungan
12/9/2015
2.01 a.m